Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Monday, 4 May 2009

MALANG TAK BERBAU

~Berhajad lagi tu..nak main2 lagi gan kengkawan dia. Firas...firass..tak serik2 ko nie yek~


~Keadaan firas selepas reda dari menangis..kesian firas~


~ merenung jauh..memikir keadaan yang menimpa dirinya~


-Akhirnya firas tertido..mungkin letih...dan sakit .Masa nie terselahlah kejendolan firas..huhuhu~


Lihatlah anak ibu...sekali lagi firas terjatuh..(tak tahulah..untuk seberapa kali tah firas nie terjatuh..).Kali nie firas jatuh dari tangga.. kat kampung,insiden nie berlaku semalam sewaktu firas bermain-main gan kawan2 dia..kesian firas..pantang lepa,,ada jer yang berlaku..memang nasib firas kurang bernasib baik..ibu tengah sibuk kat dapur,,tolong makcik2 menyediakan pulut, yang si baba ingat tak ada apa2 main gan kawan2 ..tiba2 dengar sowa firas menangis..uwaaaaaaaaa..
Ibu firas bila dengar sowa firas menangis terus bingkas bangun dari dapur..dan mula-mula lihat firas menangis seperti biasa dan lihat muka firas penuh dengan darah..PANIC..waaa...firas berdarah nie...TOLONG..semua makcik2 , pakcik..meluru ke firas..panic..terus cari minyak gamat..Redakan keadaan yang berlaku, tenangkan diriku yang berkecelaru..tak tau nak buat apa.
Firas masih menangis tanpa hentinya..sebab sakit..kesian anak ibu..nasib baik luka firas tak kena kat mata.Kalau kena memang firas terpaksa dikejarkan ke hospital.Ibufiras geram dan marah serta salahkan pada baba sebab tak jaga firas..Aku menjerit depan orang ramai..dan berkata habislah muka firas nie...huhuhuhu
Ramai..orang menenangkan hatiku yang sedih melihat peristiwa yg sadizzzz ini..Akhirnya sepupu aku memujuk aku supaya tidak menyalahkan sesiapa sebab benda dah nak terjadi dan memang tersurat firas memang nak jadi begini dan menasihatkan aku supaya bertenang dan jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Akhirnya aku dapat menerima hakikat yang firas telah tersurat dan ditakdirkan begini...walaupun hati masih bengkak gan laki aku...uishhhh...sadizzzz nie..sebab tadi tengok firas ok jer main2, sebab time ibufiras jaga memang ibu sentiasa tunggu kat tangga masa firas main2. Selang satu jam..firas boleh tersenyum dan masih ada hati nak bermain2 lagi dengan kawan2 dia..Namun aku menghalang firas dari bermain..dan memaksanya supaya tidur dan berehat sahaja. Tapi firas memang gagah orangnya..dia tetap semangat untuk berdiri dan ingin bermain2 lagi..dan tidak serik2 naik turun tangga lagi,,namun dihalangi oleh kami..Kami terpaksa memantau firas kali nie,.,sebab takut insiden yang sama akan berulang lagi. Ramai lah sedara-mara yang menyinggah..meratapi firas.."kesian firas".."kesian firas"..aku..dengan perasaan yang sadizzz..diam ..sebak dan tak der mood untuk menjawab soalan2 dari mereka dan sekadar menjawab soalan yang penting2 sahaja.
Bila direnung kembali..tahun nie memang firas mengalami dugaan betul..sekali dulu dah kena, nie kena lagi..semua berhampiran dengan mata..Aku berdoa kepada Allah dan bersyukur kerana luka ini tidak kena pada mata..huh....inilah dugaan firas yang handsome ini,.kesian handsome boy..harap2 firas punya luka tak ada scar lah...harap2 akan sembuh dan cepat baik..So ibu2 yang kat luar sana ada tak petua2 supaya luka kat muka firas ini tak akan dapat scar...??(kesan parut).

19 comments:

  1. sabar jer,zieha..i bet ur hubby pun tak nak bende tu jadi kat firas..noy ni siap dah upah bibik to fully jaga darwish..tu pun ada masa darwish injured..so,dont worry too much..make sure to be more attentive jer the next time main ngan budak2 lain..

    scar kat muka ni kena careful sikit..better dont use anything,kot..all those minyak or cream muak might not be suitable for children.Better bawak jumpa pakai kulit muka(doktor paediatric ofcos) to get the most suitable cream..Give him children multivits so that it can help to heal the wound..ni suggestions jer.it still depends on u..

    al the best zieha,alhadulillah nothing more worse happen to firas..Miuahzz firas...

    ReplyDelete
  2. alalala..siannya firas. tulaa..risau gak jaga anak ni kan. pantang kite terlepas pandang, ade jek yg nak kena. tp nak wt cmner. kite dh cube sedaya upaya jaga n awas diorng kn. yg lain2 tu tuhan la yg tentukan. sabar ibu firas yek..

    ReplyDelete
  3. salam,kesiannya Firas..eem Firas skrg dah dlm term nak mula cari kawn n main.Harp Zieha n suami byk sabr dgn karenah Firas ni ye.Emm comel sgt masa dia tidur tu,kesian.

    ReplyDelete
  4. ciannya firas...... gerun plak tengok luka dia tu. sib baik tak kena mata kan?? mak ain dulu, kalau anak2 luka dia letak kulit kayu manis yang diasah dan dicampur sedikit air. insyaallah parut tu hilang. masalahnya kalau untuk baby mungkin tak sesuai.... tersangat pedih bila terkena pada kulit yang luka.

    ReplyDelete
  5. salam zieha,
    kakyong dpt rasa perasaan zieha, sbb masa fikri 1 1/2 tahun,pernah 2 kali jatuh tangga sampai benjol kepala & berdarah kat dahi.. masa tu kenduri nikah adik suami (SIL). Kakyong pulak masa tu tgh sarat (tunggu hari) nak bersalinkan Anis.. at first memang tak nak g kenduri tu.. faham2 jer lah kan, kenduri.. org ramai, suasana riuh... I really cried out & say it out loud.. "tu la ayah, dah tahu ibu dah sarat mcm ni, nak juga ibu & fikri dtg kenduri, tgk tu takde sape pun nak tolong tgk anak kita.." since peristiwa tu, kakyong memang akan sentiasa bersyarat dgn suami kalo hv to attedn kenduri sedara mara dia.. apa2 pun, kakyong sedar, perkara tu dah tersurat & pasti ade maksud yg tersirat disebalik nya.. tp kalo boleh pastu amik la langkah berjaga2.. anak menatih sebesar firas ni, memang tgh melasak nak explore sendiri, tp tak boleh kalo takde org jaga/tengok2 kan..

    ReplyDelete
  6. adesss..shiannya firas..hati2 zieha..menda nk jd kan..apo2 pun sabar bebyk..budak tgh membesar..emak akak dlu ltk air kayu manis asah kt pasu..tp pedihh ar tuk dia..

    ReplyDelete
  7. zieha-noy
    thank u for the advice.nnti i gie farmasi or klinik to get some cream which suitable for firas skin...

    ReplyDelete
  8. zieha-mama_zara

    mama_zara..anak jantan i mmg lasak sangat..tak terkejar dibuatnya..kalau kat rumah mmg kitaorang pantau 24 jam.Cuma semalam ??? mmg dah nak terjadi dan perkara yang di luar jangkaan kami???.dan lepas nie kitaorang kena berhat2i lagi sekiranya dia bermain gan kawan2 dia.My hubby dah fobia dah nak balik kampung..lepas nie,kena tunggu firas dah besar skit baru leh balik kot

    ReplyDelete
  9. zieha-ummuabdullahsyakir
    dari kecil hingga lah ke saat ini,mmg kami bersabar gan karenah firas yang begitu ligat dan aktif.Cuma kdg2 ada gak tahap kesabaran kami teruji..tapi ini bukan bermakna kami membenci firas..dan syukur kehadiran firas merupakan pemberian allah yang sangat istimewa bagi kami..Setelah menunggu 2 tahun untuk mendapatkan anak dan akhirnya Allah telah kurniakan kami harta yang teramat bernilai buat kami.Oh ya..firas mmg suka berkawan..kalau ada syakir,,pasti syakir pun turut berlari bersama firas.

    ReplyDelete
  10. zieha=mama danish
    ohhh..kulit kayu manis boleh hilang kan parut ye,,nnti zieha cuba..petua yg bagus tuh.Thks mama danish..tapi nak sapu hari2 ke? kesian plak firas.. mesti menjerit tu nnti..hmmm

    ReplyDelete
  11. zieha-k.yong
    mmg betul la k.yong,benda dah nak jadi, kalau kita elak pun..Depan mata, kalau nak jatuh..jatuh gak. Tapi mmg sedih arrr..tgk anak sendiri jadi camtu..k.yong pun faham kann perasaan nya jadi gtu..nak wat camne..firas nie terlebih sudah aktifnya..sabo je la..huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. zieha-babyAf
    hmmm..tang yang pedih kulit tu..yang tak sanggup nk bubuh tu,,tapi demi kebaikan firas..nnti zieha cuba.tks..for the good tips,nnti zieha refer gan mak zieha..leh tak taruk kayu manis asah tu

    ReplyDelete
  13. kesian firas.. sikit lagi nak kena mata.. rasanya penggunaan gamat boleh kan.. sapu hari2 kat luka tu.. cuba tanya doctor, boleh tak guna vit e concentrated oil.. at least tak laa pedih sangat.. :)

    ReplyDelete
  14. kesiannnn nya firassss.. :p kira 1-1 la ngan alden huuhuu.. nasib le tak kena mata kan.. :p kalau tak pun zieha guna transfer factor punya renewal tu.. member price rm75 sahaja.. sapu2 kat luka dia tu.. cepat sembuh tp kes ni da lama pula kan... mgkn da nak sembuh :p
    kata org tak aci ler kids kalau xde incident cam ni.. :p baby firasss be careful ye..

    ReplyDelete
  15. terima kasih aieesha..sampai ke saat ini..bila ibufiras tgk muka firas mmg mengalir air mataku,,huhuhu..concentrate oil tu mcm bio oil ye..

    ReplyDelete
  16. hai..mama alden,,mmg hero hukum dia gtu kot..hehehe(leh ketawa lg tu..tapi kadang2 mengalir dan menitik gak air mataku lihat wajah firas skrg,.Now firas tgh minum healin gam0gen(gamat)..nmpk ada perubahan skit,,hopefully firas face will get well soon.thks:)

    ReplyDelete
  17. firas..jgn nakal2.ye..ksian mama firas riso...
    aunty pn riso gak....adoi....msti sakit kn..cian dia...xpe..firas kuatkn...

    ReplyDelete
  18. salam ziarah...bdk2 mmg tgh mbesar mmg tak tahu bahya ke tak..kita yg ibu bapa yg nak kena tgok..tp mmg bnda dah jdi..insyAlla lps ni kita lboh bhati2..jd parents ni mmg mcm try n error kan..kalo tak kena tak tahu...

    ReplyDelete
  19. salam kak zieha..
    alahaii.. mujahid pun sama cam firas kak..
    semasa cuti bebaru ni byk kali berlaku yg x diduga.. nanti tni upload gambar ke blog.. skrg br masukkan gambar dr hp ke laptop..

    ReplyDelete

firas on the page