Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Thursday 30 April 2009

MAIN TOLAK KERETA



Semalam firas ceria skit la..tapi tak la ceria2 sangat macam biasa sebab batuk masih ada lagi..sedang buat apa tu??..Haa..main trailer la ibu..."nak susun keta2 sport nie..nnti dah besar firas nak beli keta sport..hadiah untuk ibu satu, untuk baba satu ..untuk wek satu dan untuk aki satu..cukup tak ibu ??? <--- pandai jer kan ibu wat ayat sendiri..hehehehe.
Oh ya..perkembangan terbaru firas hari nie, firas leh nyanyi..nak tahu lagu per??
gini bunyi lagu dia....
" uweiiii..uweiiii..uweiiii.."
ala..halusnya sowa firas..so cute..nampaknya hari nie alhamdulillah firas dah ok seperti biasa dan demam dan batuk dah hampir ok..sbb firas rajin makan ubat.. (paksa..firas tak suka makan ubat antibiotic..tu..mungkin sebab pahit..kot..hehehe..sabo lah firas..tengok kan sekarang firas dah boleh ceria seperti biasa..harap2..firas sihat..dan aktif..membesar sebagai JOHAN!!! YEAH!!)

Tuesday 28 April 2009

PON! PON! PON!



Beginilah aksi firas kalau dibiarkan duduk dalam kereta..tak duduk diam..nak tahu apa kejanya?? Apa lagi dok menekan hon keta sekuat2 hati..adushhh...Kadang2 terkejut jiran-jiran bila firas dah start menghon kereta..kuat oooo..apa la firas..marah jiran2 sebelah tau!!.Tapi lama2 they olls dah faham dah..ini mmg keja si budak kecik firas nie..hehehe..sabo je la...
gambo nie diambil sebelum firas demam..12 April yang lalu...

Monday 27 April 2009

DEMAM-PART 2

~ibu..firas tak laratlah hari nie~

~ firas termenung jer kt klinik..biasa dialah heronya lompat sana-sini,lari sana-sini,kali nie firas baik bangat..duduk..jer kat kerusi ~

~ start malam jer..badan panas semula~

~time tengahari firas ok lagi~


Cuti dua hari lepas, ibufiras punya aktiviti melayan anak yang demam..Sekejab ok..Sekejab tak ok.Lepas magrib terus kitaorang rush pergi ke klinik..staff kat klinik check firas punya suhu dah 39'C ,,mak aii tingginya..(selepas letak ubat dalam buntut firas, baru kepanasan firas turun skit kepada 38'C).Nampaknya lepas nie mmg kena standby ubat tu...Tapi kalau standby pun firas tak ok gak, mmg firas nie jenis fesyen yang nak gie klinik sokmor, baru leh ok..huahuahua..tapi bagus juga gie klinik nie , sekurang-kurangnya doc leh check jantung , telinga, mata firas..kot2 kalau terkena kuman ker..Semalam check alhamdulillah..firas ok..Cuma doctor cakap memang musim demam sekarang.
(Ayat standard doc la tuhh...)


Faktor persekitaran pun memang faktor penyumbang gak..yelah.cuaca sangat..tersangatlah panasnya..tak taulah klau negeri lain..kalau kat kuantan nie..masyaallah..panas..bangatttt...
Bayangkan kalau lepas mandi,mesti tak terasa benda pun..yang rasa peluh kluar menitik dari badanku..hehehe..fuh memang class bahang kepanasan sekarang nie..heeee...ini baru panas dunia..esok2 kat akhirat esok camna la ye...fikirlah sendiri





Friday 24 April 2009

FIRAS DEMAM LAGI-PART1

~last2 tertido..kesian anak ibu demam ye,,,harap2 firas dapat cukup tido..mlm nie~



~mata semakin kuyu...~

~mata pandang..mcm tak nak pandang je kat ibu~

~merenung jauh jer hari nie...~


Bulan nie firas demam lagi..alamak..tiap2 bulan demam nie nape la plak..??adoiii..firas ,,tiba2 je demam,,hmmm anak ibu nie selalu demam malam..bila malam..start la panas badan firas..risau ibu gan baba.Kesian firas,,,..cepat2 ibu bagi mkn ubat(stok ubat bulan lepas masih ada lagi),kalau esok berlarutan,ibu kena bawa firas gie klinik ..bahaya budak2 demam panas nie..yelah..mcam2
leh jadi..huhuhuhu..ibu pun sekarang tengah batuk, agaknya mmg musim nie

Thursday 23 April 2009

GIFT FROM ENFAGROW



Sesiapa yang anak dia minum susu enfagrow mesti dapat gift macam gambar kat atas nie..ibu firas tak pasti lagi bila masa yang sesuai nak ajar anak mencoteng nie hehehe.Kaler dan buku dah ada..tinggal set untuk on jer..ni kalau bagi firas..habis dibalingnya kaler pensil nie..buku2 mewarna nie habis dia koyakkan..So nak minta pendapat ibu2 dan mama sekalian..bila ye masa yang sesuai nak ajar anak menconteng dan menulis nie...???

Tuesday 21 April 2009

BREAKFAST WITH GRANDMA


~ FIRAS WITH MY MOM ~

Sepeninggalan ibufiras ke tempat keja, firas diawasi oleh wek(grandma) gan aki (grandpa) dia.Jadinya bila mak i tak masak untuk breakfast , she will bring along my firas to eat roti canai.Jangan tak tau..firas memang suka sangat makan roti canai,mcm ibu dia gak..hantu ROTI..hehehe..Slot gambo nie..ibu firas amik sewaktu kitaorang nak ke kebun minggu lepas...dan lihatlah my charming prince nie,,sabo jer menanti roti canai..pakcik melatah nie( tukang tebar roti canai nie melatah orangnya..hehehe).
Kalau dikutkan kat taman kitaorang nie, siapa yang tak kenal firas..semua makcik2 dan pakcik2 kenal gan firas..sampaikan kalau we olss beli barang kat kat kedai runcit..tokeh kedai tu siap tanya..ehhh.."hari nie firas tak jalan2 gan atuk..ke.."?.."firas..mana atuk gan nenek ???..HAAA,,,glemer kejab anak aku nie..hehehe.Ibu firas pun tumpang semangkuk glemer..yelah..tokeh lebih kenal anak dari ibu sendiri..hehehehe

Sunday 19 April 2009

BESHNYA NAIK BASIKAL IBU...

~aduhhh..beratnya firas,,berat abg nak tarik..ok..slow2..nnti firas jatuh....~



Dialog sendiri-> "Ibu,,beshnya naik basikal abg nie..nnti ibu beli ye..."(hohoho, pandaila aku wat ayat sendiri..padahalnya entah apa yang difikirkan oleh anak ibu nie..
jom kita layan firas naik basikal....

FIRAS SENAMROBIC-PART1&2

~PART 2~


Oleh kerana firas teruja dengan orang ramai..dia pun terlebih sudah exicitednya..lalalalala
jangan tak tau..habis abang adik dikerjakan firas kat taman we olls tu,,sampai..tak sanggup dah nak layan,,,hmmm..mekasih abg..bagi firas air milo..letihsssss arrr,,nak laieee???
hehehehehe





~ PART 1~


Semalam kitaorang layan senamrobic kat kawasan perumahan we olls..Seperti biasa firas pun nak bersenam robic juga..hahahaha..bukan senam..mengacau ibu jer..last2 senamrobic kemana..kita berdua main kejar2 gan firas..kat padang tuh..Huh..dapat jugakan keluar peluh
dek ngejar si firas nie,,.sabo je la...

Wednesday 15 April 2009

VOTE FIRAS!! MUAHSSS...I LOVE U


(BCC_boy's_ 10_5 bintang)


Photo Effects. Kiss



bUAT AunTie2 DiLUaR SaNa TeRimA KaSiH JenGoK fiRaS kt BlOg

MyFiRas yAnG taK seBeRaPa..nie..mUAHSSSSS,,sAyANg semua..ChuMPP! ChuMMp!

UnDian Telah DiBuka paDa 17 -20ApriL

UnDI fiRas..yeeee...

cArA uNdI fIraS

(BCC_boy's_ 10_5 bintang)

A bIG KiSseS anD ThAnK yOu

FoR VotinG fIRas..

MuAhSSS..I LOVE U


mY nUM is 10

tApi sOrANG pun Tak UnDi FiRas laieee niE..

Hmmm ...tAk pe La IBu..

kITa SukA2 jE kAN

jaNji FiRaS ComEL dihAtI ibu:)

SayANG ibU:)

(lalalalalalalala... ♥♥♥♥♥♥♥♥.......)

Monday 13 April 2009

VOTE FOR MYFIRAS




Tadi ibufiras ada baca blog mama_aqish about the contest baby comel..katanya..

contest tu memerlukan 50% vote from any fan bloggers..dan 50% lagi dipilih oleh juri profesional..hehehe,,mcam AF plak ada vote..vote nie..So tanpa membuang masa,,ibufiras nak mengajak semua blog buddies untuk mengundi firas,,dengan suci hati..hehehe..(tak undi pun tak apa).Saja suka2..nak meriahkan contest mama_aqish..Comel tau baby2 yang masuk kat contest tu..(termasuklah firas nie..perghhhhhhh,,angkat bakul sendiri daaa..hehehe)

MENANGIS VS MERAJUK



Sekarang nie firas suka sangat menangis..tak taulah kenapa..mungkin perubahan usia firas yang semakin membesar kot.Setiap kali bila nampak baba dia nak keluar rumah , mesti nak ikut..adoiii..nie lah akibatnya kalau diajar berjalan..sampaikan nak keluar rumah amik barang dalam kereta pun nak ikut,pantang nampak kitaorang kat pintu mesti nak ikut. Baru sebentar tadi firas ditinggalkan oleh baba..tengoklah aksi firas bila dia tak dapat ikut baba dia berjalan,,,alahai..susahnya nak berhenti nangis....kali nie firas menangis tanpa henti..


Bayangkan start dari kul 8.oo mlm..sampai kul 9.oo mlm.firas asyik merengek,,sbb dia macam tahu je baba dia nak keluar,kitaorang ingat dia nak tido..rupa2nya,,dia boleh agak dan tahu yang baba dia nak keluar..hmmm..Bila start je baba dia keluar..apa lagi..UWAAAAAAAAAAAAAA... ibu jugak yang kena pujuk..Lama gak lah firas nangis..dan akhirnya firas tertido juga lebih kurang pukul 10++ mlm tadi.Fuhhhh..AT LAST..legaaaa rasanya..leh ibufiras..bertenet..hehehe:)

Saturday 11 April 2009

TRYING TO BE PROGRAMMER OR WHAT??


Tengok gambar macam dah pro..guna laptop..padahalnya..?padahalnya..?hehehehee..hanya firas saje yang tahu,,gambar ini diambil sewaktu firas mengganggu ibu melayan tenet,,biasalah dimana ada ibu,,disitulah firas..dan sebab itulah ibufiras kurang mengupdate cerita dalam blog..waktu malam je..leh update..itupun dah jarang2 sebab sekarang firas lambat tido...aadoiii..dah lain plak tune tido anak ibu nie..paling lewat pun pukul 11 baru tido..hmmm

Friday 10 April 2009

WHEN FIRAS GOT FLUE I8 MONTHS AGO

~ Lena sangat tido, cian..kena selsema~


~Tangan firas kat dagu tu.....~

Selepas buat tagged tadi..bila dimbas balik gambo firas yg lama2..terselitlah dua picture nie..This pic diambil ketika firas 10 hari after his birth..Sebenarnya firas dok 1 minggu kt hospital akibat jaundis(kuning)..so ibufiras mmg tak dapat nk bawa firas balik ,,,keja ibu masa tu ulang-alik kat hospital(masa tgh pantang tu).Kesian firas kena tahan kt hospital...kena cucuk amik darah..tak sampai hati nak tgk..akhirnya firas berjaya dikeluarkan dr hospital..yeyeyeyeye..tak sabar..nk bawa firas pulang..(pujuk doc nak gak bawa firas balik..akhirnya doc izinkan tanpa kerelaaan hati,,,lalalalalalalala, kalau ikutkan kena tahan lagi tu..)


Sampai jer kat rumah..ramailah owang..nk tgk firas...dan ramailah yang geram nak cium firas..hohohohoho..dan esoknya..firas got FLUE (SELSEMA)..aduhhhh...sabarjelah..siapalah yg bawak virus selsema nie?..dah lah baru baik dari kuning( tak baik sepenuhnya..kitaorang jemur kat matahari pagi tiap2 hari)


Dan kesan dari flue tu..firas pun tak selesa nak tido..dan yang cerdiknya firas tido mengereng sambil taruk tangan kat dagu dia..so flue dia leh kluarlah..aduhh..pandainya anak ibu..dalam nada yang terharu dan sedih..sbb kecik2 lg dh kena flue..Bila dingat kembali story nie..rasa pengalaman menjadi seorang ibu menjaga anak yang tidak sihat..tak tergambar gan kata2 penat, geram,susah hati..semuanya ada ...aminnn!!!

TAGGED-MYFIRAS FIRST DAY BORN

TAGGED FROM MAMA_AQISH , NOY AND CONNIE.
Tagged nya berbunyi seperti berikut............


1) Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang msh dalam wad maknanya gambar anak hari PERTAMA.


Firas ketika usianya selepas 3 jam dilahirkan pada 7.53 am.Deliver at 4.18 am
2) Letakkan butir ini :
Nama penuh : AHMAD FIRAS BIN AMRAN
Nama Panggilan : FIRAS
Jantina : HANDSOME BOY FIRAS
Tarikh Lahir : 26 SEPTEMBER 2007
Tempat Lahir : KUANTAN SPEACIALIST, KUANTAN,PAHANG.
Berat Lahir : 3.45 KG
Cara Kelahiran : CAESEAREAN
3) last sekali... apakah harapan korang pada anak ini.. dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?senang kan....??
HARAPAN
harapan supaya firas menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengingati kedua ibubabanya..ketika susah dan senang dan sentiasa dimurahkan rezeki dan yang penting sihat supaya firas dapat menikmati kehidupan yang normal seperti kanak2 riang yang lain..amin:)
AMBITION:
Doctor
REASON:
If doctor: Kalau ibu n baba sakit esok senang nk refer..firas pun leh tolong carikan the best medical for us..yet..ibufiras will support him from behind..mesti jadi doctor..lalalalala..tapi kalau firas tak nak tak boleh paksa kan..asalkan firas berjaya dalam akedemic dan menjadi seorang profesional cendikiawan yang berguna pada bangsa dan agama..cewahhhh

Thursday 9 April 2009

FIRAS SUKA MAKAN




Bila time makan jer..firas mesti ada..pantang tengok ibu gan baba kat meja makan, mesti firas pun nak makan..hehehe..Sekali tu ibufiras bagi roti..habis roti dikerjakan firas..Tengoklah gambar seperti di atas tu..bila dah kenyang..tau apa dibuat gan roti tu??? Haaa firas akan buang roti tu ataupun dilenyekkan roti tu kat mana tempat,,,adoiiiii) Letih ibu nak ngutipnya .

Sekarang nie bagilah makanan apa pun firas akan makan tanpa hentinya( badan firas tak lah besar dan chubby tapi kuat makan..)Setiap hari firas leh habiskan sekeping roti canai, sepinggan nasi minyak dan makanan paling favourite firas sekarang adalah nasi beriani..wahhhh..firas..ko nie mengalahkan ibu gan baba la makan...camne yek??

Alhamdulillah firas dah pandai makan..dan yang penting firas seorang anak yang tidak memilih makanan.....Senang skit hati ibu..risau gak kan kalau anak sendiri tak nak makan..nasib baik firas jenis pemakan orangnya,,amin..!!! Pernah ibufiras hadir satu dikusi mama enfagrow club..seorang ibu dari ahli club tersebut melahirkan rasa risau kerana anak nya tidak mahu makan..puas dipujuk..adoiiii..tak nak jugak makan..Kesian ibu tersebut coz sedih anak dia tak nak makan.So any of u here got any solution how to make her daughter eat??? any idea...??
Well ibufiras tak der idea,,juz.. try to pujuk anak kita supaya makan..tanpa paksaan..

Wednesday 8 April 2009

MYFIRAS-MAMA_AQISH BABY CUTE CONTEST


Ibu firas had read MamaAqish blog and annouced to join her BABY CUTE CONTEST..Since i have no idea to update any new story about my prince firas, i make a decision and love to join her contest. Well let see how the contest comes out..??
First step add @ Link Mama_Aqish di blogroll/bloglist anda and diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish . Then i need to describe ape yang menarik tentang anak anda & mengapa dia layak menjadi pemenang baby cute contest...???
"Firas my little charming prince ibu dan baba..born in September 26,2007 in fasting month..bulan yang mulia..Firas anak yang cerdik seperti maksud namanya..
AHMAD= YANG TERPUJI.
FIRAS= CERDIK.
Tanpa firas..hilanglah seri hidup kami.Firas murah dengan senyuman..ketawa..bijak dan pandai menari dan semestinya firas menjadi pilihan baby cute contest kerana firas memiliki senyuman yang menawan dan pasti anda semua teruja melihat senyuman anak kami:) "

Tuesday 7 April 2009

ALAMAK MCM BABY GIRL LA PLAK



Geram sangat dengan keletah firas yang tak habis2 mengusik ibunya..nah amik...ibu tepek tudung nie.....hehehee..alamak ??Mcm baby girl la plak...:p Agaknya kalau ibu dapat rezeki lagi..Esok..dapat anak perempuan..camnielah rupa dia kot..(berangan tak sudah2)...hehehe

Saturday 4 April 2009

PERKEMBANGAN FIRAS TERKINI


Suka betul firas pakai mask pemberian besday damia hari tu..hehehe.Bila lihat keletah firas nie..sungguh mengembirakan..yelah firas dah semakin membesar..dan dah pandai beberapa perkara..antaranya..:
i) Firas dah pandai salam dan cium tangan orang..maknanya kalau ada tetamu yang
datang dan visit kat rumah, kalau disuruh salam..firas akan salam dan cium
tangan...Good boy:)
ii) Firas dah mengenali objek pada diri sendiri dan objek disekeliling rumah..bila ditanya
mana tangan, mulut, hidung ,telinga, kipas, etc..firas akan tunjuk..cuma cakap je yang
tak reti lagi.
iii) Firas dah mula menangis bila ibu gan baba tinggalkan dia kat rumah..sebabnya firas
suka berjalan.Pantang nampak kita bersiap sikit, mesti nak ikut dan yang paling
susahnya..firas akan menangis tanpa henti dan merajuk kalau tak bawa dia berjalan-
jalan..hmmm..(ikut ibu nie suka jalan2)
iv) Firas dah pandai guna sudu untuk makan dan yang paling pandai..mengemas
makanan dalam pinggan..ayoooo.. rata2 makanan atas meja..itu yang tak daya
tu..huhuhuhu
v) Firas suka tepuk tangan dan menari, melompat-lompat depan tv..hmmmm (tok aki la
nie yang rajin melayan nie..hehehehe)
vi) Firas akan berlari sekuat hati, bila dilepaskan disekeliling rumah..mmg tak terkejar
di buatnya mengalahkan orang tua kalau berlari..aduhhh..( nie ada potensi nak jadi
athelic nie mesti ikut jejak baba kan..hehehe)
vii) Firas mudah mesra gan sesiapa saja yang ada disekeliling nya..(tapi ikut mood),
kalau mood firas tak ok , jangan haraplah nak semesra gtu hehehe..tu yang
risau tu..yelah..skrg nie mcm2 leh jadi.maknanya ibu kena perhati firas..tak leh leka
walau sesaat pun..

Wednesday 1 April 2009

INJECT 18 BULAN


Bulan nie genaplah firas 18 bulan..Wahh! dah besar anak ibu ye..Kalau ikutkan tahun sekolah firas, perkiraan dia dah 3 tahun..Waduh..tahun 2013 esok firas dah tahun 1..Begitu cepat masa berlalu..So sekarang lagi 6 bulan lagi jer firas leh dipanggil baby..heheehe.Sekarang nie baba gan ibu panggil firas abangadik:) sementara nak dapatkan adik lagi...insyaallah kalau diizinkan allah..kalau tak dapat juga setelah segala usaha dibuat..kena cuba teknik lain la..teknik iui ker atau teknik ivf ..Untung2 leh dapat anak kembo..best juga kan:)
Oklah berbalik pada cerita injection nie..Hari nie firas telah diberikan suntikan untuk hindari dari penyakit lumpuh..Tengoklah firas nie..bukan main susah nak makan ubat. Nasib baik masa injection tadi firas tak banyak meragam..tapi menggeliat jugalah..terpaksa ibu pegang tangan firas..supaya nurse dapat suntik kat peha firas..Lepas jer suntik..firas pun menjerit dan menangis..uwaaaaaaauwaaaaaaaa..tapi aksi nie ibu tak sempat nak snap coz masa tu ibu pegang tangan firas..hehehe.Sabo je lah firas..jangan nangis lagi ye..firaskan HERO ibu gan baba..be brave and good boy k.:)

firas on the page