Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Saturday 31 January 2009

HAMPIR SERUPA DOK?



Lihat gambo kedua-dua baby nie sama dok?..ahaksss..kalau nk tahu masa aku pregnant dulu selalu tgk gambo baby yg sebelah atas tu..org kata kenan..hehehe.Jadilah ,,mmglah tk sama, tapi adalah iras skit2..tang pipi la kot..pipi labuh..hahaha..firas...semua org kata ko anak omputih..yer ker...apa2 pun alhamdulillah..allah telah mengurniakan kami anak yang comel dan putih..amin!!

Tuesday 27 January 2009

KALI PERTAMA FIRAS MAKAN ANGIN LIHAT DUNIA LUAR

~MASA NIE FIRAS IKUT MUKA SAPE ERKKK~

~ FIRAS TENGOK APA TU..???~


Inilah kali pertama firas keluar melihat dunia, selain dari pegi balik ke hopital ..terlupa plak nk story, sebenarnya masa lepas bersalin dulu, kitaorg tk dapat bawa balik firas, sbb firas kena demam kuning ataupun jaundis (masuk dalam ekuibator).Kesian dia kena cocok, amik darah...huhuhu..dh masuk 5 hari baru kami leh bawa balik, alhamdullillah, demam kuningnya beransur pulih..kami selalu jemur firas kt cahaya matahari tiap2 pagi.Sebenarnya macam2 petua nk hilangkan kuning nie,tapi kitaorg buat je mana yang ok..senang dan mudah...Oklah berbalik pada cerita makan angin nie, peristiwa nie berlaku sekitar hari anniversary kami. Fikir punya fikir kitaorg port kt cherating...hehehe, tk padan gan ada budak kecik, nk gak pegi jalan2 mkn angin skit..tk per la kenn, firas kan suka jalan2..hehehe:)

Monday 26 January 2009

KENDURI KESYUKURAN DAN MARHABAN

~ALAMAK ASAL AKU PLAK KENA RENJIS..AHAKSSS~

~NASIB BAIK MASA NK MARHABAN NIE, FIRAS TGH TIDO, SENANG SKIT~



Genap 40 hari aku berpantang ,memang masa nielah yang ditunggu..apa lagi bab makan la beb.Hari nie aku melanggar pantang yang ada..hahaha..orang lain pantang 60 hari aku 40 hari dh langgar pantang dah.Nk buat mcm mana kan hari tu aku buat kenduri kesyukuran sekali gan marhaban, tanda kesyukuran di atas kelahiran firas..dan menu masa tu seingat aku ada nasi tomato, ayam masak merah, kerabu mangga(my fav),kuih=muih dan lain2(tk ingat da..) aku mkn skit2 jer..nama nk rasa je kan..maklumlah lama dah tk makan sedap...yum..yumm

MASA DALAM PANTANG

~FIRAS AKHIRNYA DIBOTAKKAN~


~RAMBUT FIRAS PENUH DGN KUPING KEPALA, TU YG RAMBUT JD NIPIS KT BELAH DEPAN,AKHIRNYA KITAORG BOTAKKAN KEPALA FIRAS SUPAYA KUPING TU HILANG DAN HARI~HARI SAPUKAN PATI KELAPA UNTUK HILANG~



~ NAMPAK TAK BIRTH MARK KT PIPI FIRAS~



~ LIHATLAH DIRIKU..KURANG BERMAYA..FIRAS PULA SEMAKIN MEMBESAR~



Masa nielah paling tk best sekali bila time bab makan..kena pantang beb, aku tk snap plak gambo makanan yang aku makan bila tgh pantang hari tu, yelah masa tu mana reti lagi nk buat blog kenn..? Seingat aku makanan ketika aku pantang ialah makanan yang tk berminyak..dan menu utama mesti ikan haruan(utk cepatkan pulihakn luka operate).Nasib baik mak ada,,kalau tk der susah juga beb..boleh dikatakan pengalaman mak aku menjaga adik2 dia..mmg tk sia2lah..jadi waktu tu mak akulah yang menjaga diriku dari A-Z, terima kasih mak..pengorbanan mu pada diriku tidak terhingga ..sebab tu lah " SYURGA DI TAPAK KAKI IBU"..

DIRIKU KINI SEORANG IBU

~ SAMBIL TIDO PUN FIRAS LEH SENYUM..MERAH MUKA..GERAM~


~ BABY FIRAS KEJANYA TIDO JE LAH..TIDO YE SAYANG,IBU DODOIKAN~



Detik kelahiran firas merupakan pengalaman yang paling indah dalam hidupku,dan kini tanpa disedari aku sudah menjadi seorang ibu..wah..begitu cepat masa berlalu dan baru aku faham betapa bertuahnya allah menjadikan kita seorang ibu..arghhh tk digambarkan bagaimana, lihat saja firas , hilang segala sakit yang ada ..(padahal..operate tu..siksa tau ..tekak nie pulak aysik nk batuk je,masa time tu lah nk batuk..adushhh) rasa satu urat dalam badan nk hilang..ahaksss.Saat ini jugalah aku mendakap anakku..aduhssss..firas dah ada depan mata..dan bermula detik hidupku sebagai ibu...

KELAHIRAN PUTERAKU

~FIRAS DIUSIA KELAHIRAN (FIRST DAY )~

Sebenarnya masa aku bersalin dulu, tak banyak gambar firas yang disnapkan, sebab tu firas tak suka bergambar,,hehehe..baguslah tu, ko kan anak jantan kenn, tak pelah.. adalah skit2 yg baba ko sempat snap..jadilah dari tk der kan. Masa nie firas dalam bakul hospital. Firas dilahirkan pada 26 September 2007 di Kuantan Speacialist Hospital pada jam 4.18 am (jangka due pada 27.09.2007) kira awal skit la..pandai ibu kira kan..Alhamdullillah..anakku selamat dan diri ku.??.Yaallah..betapa sakitnya nk melahirkan mu..selepas puas meneran, tk juga keluar,sampai pakai vakum tk juga dpt keluar, ketika tu mataku teramat ngantuk sgt.Bayangkan nk bersalin leh nk rasa tido sbb ubat baru amune kt badan setelah beberapa jam disuntik.Doktor pakar pun dh panic, dn akhirnya aku terpaksa dioperate huhuhu..sbb takut baby lemas..Akhirnya firas selamat dilahirkan dengan seberat 3.45kg .

DETIK-DETIK FIRAS DI ALAM KANDUNGAN

~KETIKA FIRAS 7 BULAN DALAM KANDUNGAN~


~ MASA NIE FIRAS 4 BULAN DALAM KANDUNGAN KU (27.O4.2007)~

Sebenarnya aku tk kisah, kalau dapat anak lelaki atau perempuan, yang penting baby dalam perutku ini sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi.Masa aku pregnant tk silap aku cuma scan dalam 5-6kali, yelah nk lah juga tgk perkembangan baby dalam perut,alhamdullillah doktor kata normal dan lihatlah firas dalam kandungan ku..hehehe..nmpk firas senyum masa scan tu..tk sabar nk tgk firas lahir tau..

MENUNGGU ORANG BARU

~ TIME PREGNANT KU SEKITAR 2007~

Blog ini ditulis untuk tatapan anakku Ahmad Firas,,(walaupun dia kecik lagi, tp tk per lah..nnti dh besar dia tgk lah blog nie) dan lihatlah ibumu ini ketika sedang sarat mengendong mu..wahai anakku..heheehe..Well amacam..? kelakar pulak rasanya,,masa nie tk silap aku pregnant dh dlm 8 bulan+++, Yg peliknya tk rasa berat pun..yelah org kata first baby mmg tk rasa menda2..tah betol ker dok teori tu.Berita kehamilan ku mmg dinantikan oleh semua keluargaku, maklumlah ,kitaorg menunggu nk dptkan baby nie 2 tahun..dan alhamdullillah, allah makburkan juga doa ku dan aku disahkan mengandung pada bulan Januari 2007..

firas on the page