Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday 29 September 2009

DUIT RAYA FIRAS

~simpanlah walau sedikit pun..lama2 jadi bukit~



Alhamdulillah ..bertambah lagi
tabung firas untuk
SSPN..
Tahun nie firas punya duit raya sehingga
kini telah mencecah RM 415.00
Tahun nie susut skit lah
berbeza dr tahun lepas firas
dapat collect duit raya dalam RM 6++
TERIMA KASIH PADA PARENTS, KAKAK /ABG IPAR/
SEPUPU/SEDARA MARA/SAHABAT2/KAWAN2
YANG SANGAT BERMURAH HATI
BAGI DUIT RAYA KAT FIRAS



Walaupun tahun nie kami kurang berjalan2
rezeki firas dapat duit raya..alhamdulillah
Insyaallah..berkat murah hati anda semua
akan kami manafaatkan
untuk simpanan masa depan firas
SIMPANLAH DI SSPN:))


~ duit raya firas untuk tahun nie..alhamdulillah..firas suka sangat..~

Sunday 27 September 2009

HAPPY 2ND BIRTHDAY FIRAS:)

26.09.09 merupakan harijadi
firas yang ke 2 tahun
Dah dua tahun firas sekarang
Kami buat majlis kecil2 an je kira merangkap
open house sekali semalam..
jemput sedara mara dan kawan2 terdekat utk
meraikan majlis harijadi firas..
Ibufiras memang cuma sempat amik gambar
masa time
mula2 start jamuan ..
Start pukul 4 ke atas..camera entah ke mana
lupa terus nak amik gambar
sebab sibuk
melayan kawan2..
ini sahaja gambar yang sempat diambil
Semasa jamuan ini firas terpaksa tukar baju dua kali
geram betul..sebab firas uuuhoooo(sakit perut)
habis seluar hitam firas..
nasib baik firas buat projek sebelum majlis bermula
kebetulan baju raya banyak lagi stock
hehehehe..
dok tukar baju je la hari tu




~ happy besday firas..semoga menjadi anak yang soleh~


~ amboiii nak bermanja gan aunty jue ya..
suka la tu..ada org nak layan~


~ishhh..akak nie..ketawa kan firas ye..
nnti firas panggil gang firas~



~firas dah bersiap-siap nie nak tunggu akak2 ,
makcik,kawan2..mana nie
tak sampai2 laiee nie~



~lalalalala..pakcik lembik sangat la hafiz nie
Nape asyik baring je..jaga sat nie firas
nak kejakan hafiz~



~1..2...3.. pum..pum..bam..hahahaha..
padan muka hafizz..biar dia jatuh..




~ ibu...firas rasa mcm nak uuuuuooo la...
(buang air besar)



~ weiiii firas..ko buat apa tu dok mencangkung..
ko nak wat projek ye...~




~main teng2 kat sini ok gak~

SUKANYA FIRAS TGK PELITA

Tahun nie memang firas
ada kelainan skit nak beraya
bukan apa sebab tahun nie
firas dapat tengok pelita, bunga api,mercun kat kampung
Tahun lepas memang firas tak berpeluangkan sebab
masih peringkat baby merangkak..
tahun nie dah dapat kaki..
memang firas lah heronya
kat kampung
sebab firas merupakan cucu/anak buah
yang paling bongsu sekali..
Semua anak2 buah,makcik2 rajin melayan
my lil hero..
senang skit keja ibu ..hehehe



~ sukanya firas tgk pelita tewww ~


~ jangan tak tau sebenarnya firas takut dgn bunga api..
apa laaa firas..harap je hero..hehehe


~dah penat bermain..susu merupakan penawar.
jelezz tgk abg aniq nyusu kan..
mesti firas pun nak nyusu sama~

Wednesday 16 September 2009

BAJU RAYA MY LIL HERO

Bila sebut raya
anak lah yang paling suka
termasuklah ibunya
kemain excited nak membeli-belahnya
biarlah berhabis pun..
asalkan anak cantik dan segak
berbaju raya..hehehe
Dua hari lepas firas dah start dah
test baju rayanya
nampak je baju baru,,
terus letak tangan kat dada
tandanya suruh dipakaikan baju baru firas
hehehe.. pandai plak teww
suruh menyuruhnya




~ raya tahun nie we ollss
bertemakan kaler merah ke maroonan..
firas pun tak berkecuali..mesti mau..
amacam..???
segak tak firas gan
samping n songkok barunya..uppsss
ada gaya YB mana teww yek..hehehehe~



~inilah hasil2 shoping online ibufiras
dan di beberapa kedai di kuantan
hasilnya???Dapat lah
beberapa pasang baju..
tahun nie ibufiras minat sgt
gan baju bubbery..
i don't y..???
cozz i like:)..~

Tuesday 15 September 2009

2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest

Cuba u olls tgk pada banner nie
pernah lihat..
pernah..
pernah..
hehehe..apa lagi..
banner contest lah..
kali nie contest anjuran


So buat mama2 ibu2, umie..
yang ada pic baby cute dlm
stroller..come n join..
kali nie ibufiras nak mempertaruhkan
gambar seperti dibawah




aksi ini diambil ketika firas di dalam lif..
kemain kusyuk firas duduk dlm stroller teww
mungkin best sangat kot seperti dibuai2
naik turun dalam lif
.hehehe..
apa2 lah firas..asalkan ko bahagia:))
ibupun tumpang gembira

Buat mummyameer
salam perkenalan ibufiras hulurkan
rasanya semua syarat2 contest
dah all done :)
nanti check ye mummyameer

harap2 firas ada luck la ye..
thank you..pada mummyameer
yang sudi melanjutkan contest ini
sehingga 23.09.2009
instead of 15.09.2009(kalau tak hari nie last)
memandangkan mummyameer nak raya
sakan..katanya lah..hehehe










Sunday 13 September 2009

SAPE TAK POSA TEWWW

Bila sebut time posa..
mesti ada diantara mereka yang tak berpuasa kenn..
sape yang tak posa tewww...????
hah sape lagi kalau bukan
my lil hero nie..
kadang2 fening kepala menu apa nak bagi firas mkn
selain dari nasi.,mee hun,roti..
maklumlah time2 posa..angin mood nak masak
malas skit waktu siang hari
waktu nak berbuka..lain la kan,,
mmg aura nak memasak semestinya..hehehe
Nasib baik firas nie jenis yang
tak memilih makan
cuma telur je firas tak suka..
ibufiras pun tak tau
kenapa firas tak suka makan telur
uhuhuhuhu..kalau ada kuih yang
berperisa telur pun firas tak suka
mcm bauhulu ke..confirm firas reject..
menu sianghari firas selain dari nasi
jeng...jeng...ini lah kegemaran firas
nak tahu apa??
LEMPENG GAN KUAH CICAH
mmg fav firaslah..
senanglah skit ibu nak masak ye..



~firas memang gemar makan lempeng~



~kalau ada cicah lagi firas suka..
ibu letakkan kuah rendang ayam..
ayam memang ibufiras tak bagi makan..
takut elergic kang~


~sukanya dia dapat makan lempeng~




~tengok tewww..licin tandas firas makan..
habis sekeping lempeng..
memang la ko nie kuat makan kan..hehehe~



~"erkkkk..kenyang..haus...la ibu..
nak lagi sekeping lemping leh ibu"~





Saturday 12 September 2009

SYAWAL YANG BAKAL MENJELMA:)



Lagi 8 hari nak raya..
cepat betul masa berlalu
rasa baru semalam je berpuasa
Memandangkan masa yang begitu pantas ini..
bukan apa takut esok2 tak sempat..
ibufiras n family mengambil
kesempatan ini
untuk ucapkan
"selamat hari raya aidilfitri"
khas buat kawan2 dan rakan2 bloggers
yang rajin bertandang
di blog anak kami firas...
mahupun diblog zieha:)
Raya nanti jemputlah ke rumah ye..:))
MaaF ZaHiR DaN BaTiN
di atas segala kekurangan
yang adaesss ..pada kami:)
<0-0> ok?
Jemputla ye amik kad:))
♥ thank you...♥

Thursday 10 September 2009

CUTE SLEPPING BABY CONTEST




Yehaaa..contest..laieee
tak habis2kan
selagi ada..selagi tu ibufiras
sudi memeriahkan contest yang adoo..
bukan apa..
apa yang penting??
kerjasama...kerjasama..
(eh..eh..mcm wonderpets plak yek..hehehe)
untuk menambah kenalan di dunia
blog..ini..
coz i like:))
jadi kita teruskan dengan acara contest ini
nak tahu perkembangan lanjut
juz gie jalan2 kat link
dan kawan2 leh tahu lah syarat2 yang adooo..
hehehe
buat baiti
salam perkenalan ibu firas hulurkan..
dan harap..penyertaan ibufiras
menepati syarat2 tersebut
kalau tak cukup,,sila bagi tahu ibufiras yek
dan terimalah gambar
my lil son..di bawah ini...
(scrool down pic kat bawah sekali yek)
ketika ini usia my lil son
ialah..3 bulan
(masa nie penuh ruam kt muka ...
nampak.tak..ibufiras,,tepek gan bedak ruam)
hehehehe:)
Apa yang speacial about
blog baiti ?
tentu lah speacial sbb blog ini
mengumpulkan semua wanita2
yang telah secara rasminya menjadi seorang
ibu,mama,umie,mummy..
semalaysia
Tujuannya adalah untuk berkongsi pendapat
mengenai anak,keluarga
serta life kehidupan yang ada masa kini
and the past..
FUHH..panjang lebar dah ..
amacam mama sheena??
leh terima tak,,



Name : Ahmad Firas bin Amran
DOB : 26 September 2007
POB : Kuantan (Kuantan Speacialist Hospital)
Nama Ibu : Nazihah bt Mohd Mohidin

Sunday 6 September 2009

FIRAS DISERANG ELERGIC:(

Minggu lepas my charming prince kena elergic
mula2 tak perasan yang anak ibu nie elergic..
kisah elergic nie bermula pada waktu malam
yang mana firas merengek2 nangis
ibu ingat nak susu..so buatkan la susu seperti biasa
selang berberapa jam..nangis lagi
masih fikir yang firas nie haus kot,,
bagilah air suam..
(maklumlah dalam bilik tido kan gelap..cuma pasang lampu tido je..malap2)
ok lepas bagi air suam..ok..tepuk2..firas pun tido
tak lama..pas tu nangis lagi
alahai.....bakpernya firas nie??
uhuhuhu..mata dan la ngantukss gilosss
fikir2 agaknya pampess dah overdose kot
tukar plak pampees...
tepuk2...tido..semula
tak lama..beberapa ..jam ke minit ker..nangis lagi
aduhhhsss.,,nie mesti ada tak kena nie
mesti ada nyamuk atau semut yang gigit firas nie,,
bukak lampu..check..tak der plak...
spray..lah ridsect...takut2 ada nyamuk..
tutup balik lampu..tepuk2..tepuk..dodoi firas..suruh tido
(masa tu mmg tak perasan langsung ada bintik2 merah kat badan dan muka firas
maklumlah..mata dok kuyu..kuyu...)
Last2 ,,time bersahur pun nak dekat,,
lepas sahur..tak lama tu firas pun nangis lagi..
dan bangun pegi kat we ollss
check punya check..almaklumlah
masa tu mata dah terang kan,,,
penuh gan bintik2 merah kat muka,hidung,
telinga, mata pun bengkak skit(sepet)
dan badan firas..
lor...apa ke benda nie...???
firas pun..dok garu2 kat telinga..tangan...badan..
alahai ciannya..terus rasa kat badan firas kot2 panas ke.
badan punya suhu ok...
(bimbangla kot2 denggi ke..)
Baba dia pun terus cakap..nie elergic nie
lor..ye ke bang???manalah tahu..
ibu bkn penah kena elergic
holahh..elergic resdung nie..abgkan ada resdung..
fuh..tak sangka plak anak aku ada elergic
masa kecik2 dulu firas tak der plak elergic
dah nak masuk 2 tahun nia ada plak
elergicnya
Bila tak kena demam..elergic la plak
sensitif betul kulit anak aku nie..
nampaknya lepas nie firas kena pantang
makanan yang gatal2..
kesian firas..kadang2 tak sampai hati..sebab firas nie mmg suka
makan..berselera tgk dia makan
mulalah terfikir kat kan disebabkan makan ayam firas elergic??
sebab sebelum tu mmg firas byk mkn ayam gan nasi beriani
Doc yang check plak kata..elergic nie akan berulang kalau
kita tak control..cara2 pemakanan..persekitaran anak..
hmmmm...
so kawan2 yang penah ada anak kena elergic
ada tak sumpliment2 yang sesuai untuk anak seumur firas nie??
manalah tahu kot2 lepas makan sumpliment tersebut..firas dah tak elergic dah..
hohohoho,,mana ada kan..sbb elergic nie
darah dalam badan dan keturunan..
nasib lah firas..nak buat camne..dah baba ko pun elergic gak..
redha je lah..




~tgh garu2 tu..gatal kot kat perut~



~ bengkak kan mata firas..penuh bintik2 merah kat seluruh muka leher dan telinga firas~



~tangan firas..kemerahan..dan bengkak akibat elergic~


~ sempat lagi nak main tu ..masa nie hilang perasaan elergic ..kalau tak..dok merengek je,,dan kasi tahu dalam bahasa firas..yang dia gatal2 elergic kat ibu..~



~ telinga merah..kesan dari elergic dan selalu firas garu2 kat sini~






Friday 4 September 2009

STICKY MODE- MAKAN & MENANG CONTEST

~THIS CONTEST IS STICKY MODE~



Yehaaa..mcm gatai2 tangan plak malam nie..
bukan apa..tengah addicted nak bercontest plak
kali nie..dulu addicted berbloging...shoping online..ler nie suka2 nak anjurkan contest plak..termasuk meng-sportingkan diri
untuk join contest yang
dianjurkan oleh kawan2 blog semalaysia...hahahaha


ok sempena coming besday putera kesayangan mama adwan..tuan kepunyaan blog ini

-->> adwan_encem <----

telah menganjurkan contest ini
sesiapa yang nak join..jom click di link tersebut...
syarat2 yang diwajibkan seperti di blog mama_adwan
jom kita sesama memeriahkan contest ini..


Sebenarnya..apa yg uniknya contest ini
adalah kerana tarikh
lahir adwan adalah sama gan my charming prince
wahh..adwan gan firas..
samalah tarikh lahirnya
cuma tahun je yang berbeza
besday nya ialah 26.09.08
firas plak 26.09.07
so beza setahun je lah yek..hehehe
gambar yang ibufiras nak try ialah

SEPERTI DIBAWAH INI..






SYARAT2 CONTEST


"Upload" kan sekeping gambar makan yang paling melucukan & exotic anda bersama suami/anak2/keluarga/kawan2/sesiapa sahaja... -->DONE


Gambar yg paling paling tak tercapai dek akal yang melampaui batas2 adap ketika makan....hehehehehe... --> DONE


Ceritakan serba sedikit mengenai gambar tersebut dan mengapa anda mengatakan gambar tersebut layak utk menang



Kenapa ibufiras kata layak gambar ini untuk menang???



Gambar ini adalah disekitar kenduri
di rumah nenek firas di johor yang lalu
masa nie firas suka sangat memegang
benda di sekeling yang ada
almaklumlah tengah sedap dapat kaki n tangan..
Jadinya firas pun tengah teruja
mengexplorekan diri ke dapur plak
Time di dapur inilah firas
start sibuk2kan diri..
konon2 nak tolong
masak ...?..masak ke firas?
idokla..sibuk nak try makan timun
tengoklah makan timun
sambil mencangkung
hahahaha..
disebabkan insiden inilah
sehingga kini firas amat gemar makan
TIMUN..:)

Wednesday 2 September 2009

FIRAS BACA DOA KE..



Gambar ini dipetik pada hari merdeka yang lalu..
sedang kami menunggu untuk waktu
berbuka..dan azan pun telah dibangkan...
kami pun berdoa sebelum berbuka..
firas pun mengikut..macam pandai jek berdoa..
(lagak mcm org dewasa)hehehe..
sampai juling mata berdoa...
yang pasti puting kesayangan firas mesti ada kat sebelah..
nampakkan kat meja makan tu

firas on the page